About Me

My photo
I am a wife to my dearest husband and a mother of three beautiful children, Adam, Aisyah and Izzudin. On top of that, saya adalah hambaNya yang serba kekurangan dan sentiasa mendambakan petunjuk dan hidayah dari Nya. Ameen..

Friday, July 24, 2009

Hari ini Dalam Sejarah Hidupku


Salam...

Pada tarikh hari ini (25 Julai) setahun yang lepas (2008), saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel, tepat jam 2.11 pagi. Bayi perempuan yang diberi nama Aisyah Humairaa Binti Amir itu dilahirkan secara normal, dengan berat 3.2 kg di Hospital Kajang. Doktor yang menyambut kelahiran baby ini tak lain tak bukan, Pakar O&G yang juga Pensyarah Perubatan UM, biras saya sendiri.. hik hik hik..

Sekejap saja setahun dah berlalu, sekarang Aisyah mama dah genap setahun bernafas di bumi Allah ini. Sekrang Aisyah dah pandai macam2, dah berjalan, dah memanjat, dah pandai nyanyi, pandai azan (bahasa dia lah), pandai mengamuk, pandai mengajuk perbuatan org dan macam2 lagi lah.. Keletah Aisyah sentiasa membuatkan mama dan abah terhibur. Lagi2 kalau bergaduh dgn si abang, Adam.

Mama sentiasa berdoa agar anak2 mama menjadi anak2 yang soleh dan solehah, agar menjadi seseorang yang berguna pada agama, bangsa dan negara satu hari kelak. InsyaAllah.. Mama juga sentiasa berdoa agar anak2 mama mempunyai akhlak yang baik, sebaik nama2 yang mama beri pada kalian berdua.

Untuk Aisyah (sebab birthday dia kali ni, tahun depan Adam plak), mama mendoakan agar Aisyah menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga menjadi anak yang bijak dan berpekerti mulia, insyaAllah...

No comments: