About Me

My photo
I am a wife to my dearest husband and a mother of three beautiful children, Adam, Aisyah and Izzudin. On top of that, saya adalah hambaNya yang serba kekurangan dan sentiasa mendambakan petunjuk dan hidayah dari Nya. Ameen..

Saturday, October 3, 2009

Cerita tentang susu ibu (or.. susu badan)

Salam...

Sebenarnya dah lama saya nak menulis tentang topik ini, tapi risau pulak sebab saya sendiri masih banyak kekurangan ilmu tentang susu ibu ni. Tapi saya masih lagi menggali dan mengorek ilmu2 yang ade berkaitan penyusuan susu ibu.. InsyaAllah..

Saya rasa sekarang makin ramai yg dah aware tentang kebaikan susu ibu. Jadi, takyah la saya cerita tentang betapa baik nya susu ibu tersebut. Info tentang kebaikan susu ibu ni berada di mana2... semua info berada di hujung jari, just search aje kat google sure keluar malambak2 info tentang kebaikan susu ibu ini..

Bagi saya, saya pegang kepada satu je... susu ibu itu adalah hak anak2 yang lahir dari perut kita, jadi jangan lah menafikan hak mereka. Kalau kita pilih untuk bagi susu formula, seolah2 kita menafikan hak baby kita tu untuk dapat susu daripada kita, ibunya sendiri. Saya juga berpegang kepada indahnya ciptaan Maha Esa.. susu ibu itu telah diformulakan KHAS mengikut keperluan baby itu sendiri, khasiatnya, jumlahnya, struktur dan molekul susu2 itu.. hmmm..

jadi untuk entry saya kali ini saya nak share pengalaman saya menyusu badan kedua2 anak saya, Adam n Aisyah..

Sebelum mula, eloklah kiranya saya cerita mcm mana saya mula2 bersemangat nak menyusu anak2 saya dengan susu badan secara ekslusif, at least for 6 months.

Saya mula tersedar diri, apabila saya disedarkan oleh sahabat baik saya, Mashita Masri.. Beliaulah yang mula2 bercerita tentang kebaikan susu ibu dan share dengan saya pasal penyususan susu ibu ni.. Saya ingat lagi, waktu itu dia baru melahirkan anak sulungnya, Haikal. masa tu Haikal 3 bulan usianya, tapi badan, mak aii semangat betul.. chubby!!.. Rahsianya ita kata, susukan dengan susu ibu..

Kebetulan ketika itu saya sedang preknankan Adam, dah masuk 3 bulan. Bermula dari situ Ita pinjamkan saya majalah Pa&Ma yg banyak info pasal laktasi ni.. Dia siap share dengan saya tentang breast pump yg dia beli.. Avent ISIS manual, dia tunjukkan stok2 susu yg dia dapat kumpul menggunakan pam tersebut. Apa lagi, membuak2la semangat saya nak bagi susu badan, especially nak bagi baby saya susu awal - kolustrum tuh..

Saya pun mula la menjadi pembeli setia majalah Pa&ma tiap2 bulan, dan mula mengumpul info pasal penyusuan susu ibu nih.. Sebelum bersalinkan Adam, saya dah siap beli set pam Avent yg siap dgn cooler bag lagi, untuk traveler hehehe.. kan saya keje jauh, travel PD Cheras hari2.. semangat nih... Masa tu saya tak kisah kan harganya yang mencapai RM 300, ye laha, kalau seluar jeans yg harga lebih kurang boleh beli. inikan pulak barang yang memang kita perlukan kan utk bagi yg terbaik utk anak2..

Saya amat bersyukur kerana mempunya seoarang suami yg sangat menyokong hasrat saya untuk menyusukan anak2 saya sepenuhnya dengan susu ibu. Dia tak de pon bising2 bila saya nak beli set breast pam yg agak mahal la bagi kami.

Saya juga bertuah kerana melahirkan Adam di Hospital Rakan Bayi, saya disuruh menyusukan adam dari dalam labour room lagi.. Tak sampai setengah jam dia keluar ke dunia yg fana ini.. Adam pon memang pandai menghisap.. betul la daya hisapan baby cukup kuat awal2 kelahiran, dan dia boleh recognise sumber susunya..

Saya menyusukan Adam sepenuhnya dengan susu badan sepanjang 60 hari cuti bersalin, tak tambah air masak atau susu formula. Saya masih teringat lagi perasaan saya apabila ibu mertua saya membancuhkan susu formula 2 auns untuk adam dan suruh saya susukan adam guna susu tu. Sebab masa tu adam menangis2, bagi nenen pon tanak.. saya dah tak reti buat ape, maklumlah, baru sehari jadi ibu.. mak mertua ckp maybe dia nangis sebb tak cukup susu. tapi melalui pembacaan saya, takde istilah tak cukup susu.. sebab masa mula2 memang susu tu tak nampak kaler putih macam susu, dia masih kolustrum dan warna kekuning2an dan jumlahnya sikit sbb ikut keperluan baby masa tu.. tapi sebab nak jaga hati mertua yg dah susah2 bancuhkan saya suakan jugak botol. tapi anak saya menangis lagi kuat.. saya ikut menangis sekali sbb saya rasa sedih sgt bila tgk anak saya minum susu formula, bukan susu ibunya sendiri.. adam tak mo pun susu tu, dia tolak2 pakai lidah.. so saya selamat.. tak yah bg susu tu, dan mak mertua pon tak paksa lagi... akhirnya saya tau sebb apa dia menangis, sbb dia demam..

Adam admitted kat nicu at day 2 of life.. fever n sikit jaundice.. masa admitted ni saya sekali admitted sbb kena susu kan baby dgn susu badan. Lagi sekali saya bersyukur sbb saya bawa adam ke hospital rakan bayi yg amat mementingkan penyusuan susu ibu. kat sini, staf nurse semua baik2 dan sibuk bercerita tentang penyusuan susu ibu, siap ajar lagi mcm mana nak menyusukan baby dengan betul, siap bawak saya pergi pam susu lagi.. Adam pun cepat turun jaundis nye sebab saya fully breast feed.

Bila dah nak abis cuti bersalin saya pon mula pam susu buat stok.. masalahnya, saya punya fridge yg kecil tak dpt memuatkan stok susu banyak2, mana nak simpan lauk2 lagi kat bahagian freezer tu.. so saya buat apa yg termampu sajalah oleh kemudahan yg sedia ada ketika itu.

Tapi malangya, pada masa tu saya tak cukup pengalaman dan pengetahuan, bila dah start kerja, stok saya makin sikit dan saya tak dapat mengepam banyak susu untuk dibuat stok.. maklumlah, kerja sibuk asik meetingggg memanjang.. takde masa nak pam. mula2 pam 2 kali, lepas tu jadi sekali.. bila makin kurang sesi pam. makin kurang la susu...

nak tak nak dengan berat hatinya pada usia adam tak sampai 3 bulan, dah terpaksa tambah susu formula sebb susu stok dah tak cukup menampung keperluan harian ketika saya meninggalkan adam pada waktu bekerja.. walaubagaimanapun, saya masih menyusukan adam selepas balik keje dan sepanjang malam kerana saya takut susu kering dan makin sikit.

nak dipendekkan cerita, masuk je 4 bulan, adam terus berhenti menyusu badan kerana dia bengang susu mamanya sikit je tinggal.. tak puas rasanya.. ouwhh sedihnya.. saya teruskan la dgn susu formula..

Bila masuk anak kedua.. sekali lagi saya berazam.. Aisyah pun saya susukan dari dalam labour room lagi.. dia dilahirkan pukul 2 pagi, dalm pukul 4 pagi selepas keluar dari labour room masa balik ke wad, sepanjang malam dia tidur dalam pelukan saya sambil mulutnya di sumbat nenen hehehe... lena saya dan aisyah tidur sampai pagi.. Aisyah pun sama je macam adam, kuat menyusu...

Dipendekkan cerita saya juga menyusukan aisyah sepenuhnya dengan susu badan sepanjang tempoh cuti bersalin tanpa campur air masak or susu formula. Disebabkan kali ini saya dah belajar dari pengalaman lalu, saya dah bersedia dari awal dgn membeli peti sejuk yg jauhh lebih besar sebagai tempat untuk menyimpan stok susu.. dalam masa 60 hari cuti bersalin saya berjaya memenuhkan 3/4 dpd bahagian freezer dengan stok2 EBM.

Bila dah kembali bekerja, perkara yg sama berlaku lagi, disebabkan kesibukan yg melampau dgn meeting2 yg tak pernah habis.. saya slalu terlepas sesi mengepam, sampai meleleh2 susu saya dalam bilik meeting.. ish ish.. bila dah jadi macm tu.. lama2 stok susu pun makin sikit dan tak ter top up.. dan akhirnya, pada usia 5 bln lebih, Aisyah terpaksa diberi susu formula.. Tak tercapai lagi cita2 saya utk fully breastfeed sampai 6 bln.. huhuhuhu.. tapi Aisyah lebih lama menyusu badan, sampai umur setahun 2 bulan. Baru seminggu ni dia berhenti terus sebb susu dah sikit sgt kot.. tak puas, ditambah pulak dgn batuk2nya tu.

Oleh itu, untuk anak yg seterusnya saya nak betul2 fully breastfeed sampai 6 bulan.. kalau boleh lebih lagi. kali ni saya tahu yg penting walaupun dah kembali bekerja saya mesti teruskan sesi mengepam sekerap yg mungkin utk top up stok susu yg telah digunakan.. InsyaAllah kali ni boleh berjaya, kerana saya dah bertukar ke tempat kerja yg baru, tak sesibuk dahulu, jarak yang dekat dengan rumah, so jumaat boleh balik susukan anak. Saya ingat saya nak beli pam yg baru, pam elektrik kot, kalau boleh dual pam supaya saya boleh dapat banyak susu setiap kali mengepam dan dapat mengepam dalam masa yg singkat.. yg manual tu lama sikit, n lenguh tangan nak mengepam..

Sehingga kini saya masih mencari2 jenama breast pam yg sesuai.. sebagai persediaan untuk bb seterusnya nanti.. bile ek?? tungguuuuuu..

Sehingga kini Saya beria2 menggalakkan kazen2 or kenalan2 saya yg bakal menjadi ibu untuk menyusukan anak2 mereka dgn susu ibu, especially waktu2 awal kelahiran. bagi saya satu yg merugikan bila anak sendiri tidak disusukan dgn susu yg dihasilkan oleh badan kita sendiri.. maybe org yg tak pernah or tak tahu, tak paham mcm mana rasanya bila kita betul2 fully breastfeed.. bonding kita dgn anak sgt kuat.. mcm aisyah.. sampai sekarang dia melekat dgn saya, even abahnya pon dia tak berapa nak lekat.. masa baby lagi la.. melekat je.. tanak kat org lain.. dia kenal sgt mamanya.. memang la rasa susah sikit sebab asyik nak menenen aje.. pastu kalau nak drive, uihhh... musti dia nangis sbb asal dia nak tido je dlm kete mesti nak nenen... takpela kan.. susah sikit utk beri yg terbaik utk anak2...

So.. kepada sesiapa yg terbaca entry kali ni... saya menyeru lagi... susuilah anak2 anda dengan susu ibu sepenuhnya... tak ternilai nikmat dan khasiatnya.. wasala....

No comments: