About Me

My photo
I am a wife to my dearest husband and a mother of three beautiful children, Adam, Aisyah and Izzudin. On top of that, saya adalah hambaNya yang serba kekurangan dan sentiasa mendambakan petunjuk dan hidayah dari Nya. Ameen..

Tuesday, September 8, 2009

Sikap NEGATIF Sebahagian Umat Islam di Bulan RAMADHAN


Salam..

Hari ni dah hari ke 19 kita berada di bulan yang mulia ini. Maka dengan itu malam ini kita akan berada di 10 malam terakhir Ramadhan.. Alhamdulillah... semoga panjang umur kita untuk melalui Ramdhan ini sehingga ke penghujungnya, dan semoga panjang jugalah umur kita untuk sampai ke Ramadhan di tahun akan datang, InsyaAllah..

Just nak share dengan pengunjung2 blog ini (kalau adelah yg mengunjung), antara fakta2 yang menarik yg saya tebaca. Sebab bila terbaca artikel ni, saya pun ter'sedar diri', hehehe... ade la yang terkena batang hidung tuh.. Jadi, teruskan membaca ye kawan2....

Antara sikap2 NEGATIF sebahagian UMAT ISLAM di bulan Ramadhan yang kadang2 kita tak sedar kita terbuat ialah:

  • Berpuasa sebagai adat, bukannya ibadah; faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa yang kita lakukan.
  • Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dsb masih dilakukan.
  • Meninggalkan kelebihan bersahur, sedangkan banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.
  • Ibadah fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.
  • Bersungguh2 melakukan solat sunat terawih dan witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.
  • Meningkatkan amal untuk diri sendiri shj spt membaca al-Qiran, tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama2 beribadah.
  • Bersungguh2 menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan sahaja, sedangkan banyak hadith menyatakan tentang kelebihan 10 hari terakhir, antaranya terdapat Lailatul Qadar.
  • Membaca al-Quran hanya pada bulan Ramadhan shj dan berakhir dgn berakhirnya Ramadhan.
  • Membaca al-Quran tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
  • Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadhan dengan amalan yang sia2 spt menonton tv, bersiar2, borak kosong dsbnya.
  • Puasa tidak menginsafkan diri thdp penderitaan dan kesengsaraan saudara seIslam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.
  • Mensia2kan kelebihan 10 akhir Ramadhan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk dengan program2 yang melalaikan.
  • Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah, sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.
  • Melewat2kan pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk diagih2kan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Jadi.. renung2kan la kawan2... adakah kita termasuk dalam sebahagian umat Islam ini?? Tepuk dada, tanya selera lah, muhasabah diri sendiri.. sebelum menunding jari ke orang lain.. wokey.. adioss..

No comments: